SUSU IBU: 5 jenis makanan penambah kuantiti

SUSU IBU mengandungi nutrien untuk tumbesaran dan menguatkan imuniti badan bayi. Selain itu, ia berfungsi untuk mencegah alahan seperti asma, ekzema, dan kolik bayi. Susu ibu juga boleh mencegah batuk berkahak dan selsema pada bayi selain mengamalkan sapuan minyak bawang putih dan daun gelenggang. Paling mudah sapu krim youbaby senangkan kerja ibu 🙂

Ayuh, saya kongsikan 5 jenis makanan penambah kuantiti susu ibu.

1. MADU

5 jenis makanan penambah kuantiti susu ibu adalah MADU. Ia bukan hanya berkhasiat untuk orang dewasa malah bayi turut mendapat manfaat jika diamalkan secara konsisten.

Madu mengandungi bahan antibakteria & antifungal dimana ia menguatkan antibodi di dalam badan selain memberikan tenaga, sumber vitamin dan mineral serta mengurangkan simptom alahan. Kandungannya juga mampu menambah ketahanan tubuh badan kepada ibu menyusu dan bayi.

2. KEKACANG

Kekacang dikenali sebagai makanan serat yang mengandungi pelbagai khasiat yang baik dan mengandungi nutrien penting termasuk vitamin dan mineral. Kekacang juga merupakan antara 5 makanan yang menambahkan SUSU IBU kerana ia mengandungi protein yang tinggi bagi meningkatkan imunisasi badan, pembaikan tisu dan pertumbuhan tubuh badan. Kebanyakan kekacang diketahui umum mengandungi folat, mangan dan zat besi.

Pelbagai kandungan mikronutrien baik untuk ibu dan bayi sekaligus meningkatkan penghasilan susu. Kekacang juga mempunyai vitamin B untuk menambah susu badan dan memudahkan lagi pencernaan,

3. KURMA

5 makanan yang dapat menambahkan susu ibu adalah kurma. Kita mengetahui bahawa khasiat kurma ni terlalu banyak dan bagi seorang muslim yang mengetahui bahawa di dalam al-quran dan juga hadis hadis sahih juga menyebut tentang kebaikan kurma. Kurma bukan sahaja mengandungi nutrien yang tinggi malah terdapat pelbagai hikmah dri pengambilannya.

Kurma mengandungi trytophan iaitu sejenis amino asid yang penting untuk penghasilan protein . Kurma juga mempunyai kandungan zat yang tinggi, fosforus, magnesium, sodium dan vitamin A bagi menambahkan imunisasi bayi dan juga ibu sekaligus menambah kualiti penghasilan susu ibu.

credit : kementerian kesihatan malaysia

4. JAMBU BATU

Salah satu makanan terbaik untuk penghasilan susu ibu yang banyak adalah jambu batu. Buah bermusim ini, dikenali secara saintifik sebagai Psidium guajava, sering kelihatan di gerai tepi – tepi jalan tapi tahukah anda jambu batu ini di penuhi dengan khasiat yang unik

Jambu batu adalah sumber tenaga, serat pemakanan, vitamin dan mineral yang baik. Buah jambu ini mengandungi banyak nutrien bermanfaat seperti vitamin C, A, E, B-vitamin, selain kalium, fosforus, magnesium, kalsium, natrium, dan zink. Jambu Batu juga mempunyai kandungan yang boleh menambah susu ibu.

5. COKLAT

Yang Terakhir antara 5 makanan yang menambahkan susu ibu adalah makanan kegemaran semua bilangan usia iaitu coklat. Jangan terkejut bahawa coklat mempunyai kebaikan yang tersendiri. Kajian di Sweden menunjukkan wanita yang mengambil 45g coklat seminggu dapat mengurangkan sebanyak 20% risiko dari terkena serangan strok dan juga dapat membantu merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan dan juga risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat mampu bertindak melawan peradangan jantung.

Coklat mampu memberikan tenaga , menstabilkan hormon dan mengurangkan stress. Hormon yang seimbang mampu menambah susu badan secara semula jadi tetapi jangan pula mengambil secara berlebihan.

YOUBABY CREAM rakan karib bayi anda. Cream multifungsi yang dapat membantu merawat masalah selsema, batu berkahak, kembung perut, ruam dan ekzema. Diperbuat dari 100% bahan semulajadi, produk bayi pilihan Majalah Pa&Ma, TV1 dan Berita Harian.

This image has an empty alt attribute; its file name is youbaby.png

Untuk info lanjut berkaitan dengan produk kami boleh layari detail kami di bawah ini

 Website : https://tipsbayisihat.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram