KAHAK ANAK KECIL: 5 CARA KELUARKAN KAHAK ANAK KECIL. BANTU ANAK KECIL KEKAL HAPPY

Anak tak sihat? : 5 cara keluarkan kahak anak kecil. Mukus atau kahak sering terperangkap di hidung dan tekak bayi dan kanak-kanak. Mudah untuk ibu bapa membuang mukus yang tersekat di laluan hidung, ttetapi amat sukar untuk menghilangkan mukus yang terperangkap di kawasan tekak yang boleh menyebabkan tekak anak-anak merasa gatal.

Mukus yang berlebihan membuatkan anak-anak merasa tidak selesa. Batuk yang kuat akan menjatuhkan mukus ke kawasan tekak dan boleh menyebabkan anak tercekik dan mengganggu laluan saluran pernafasan. Sebab utama pembentukan mukus di kawasan tekak adalah pelbagai jenis jangkitan yang boleh membawa masalah seperti batuk atau influenza. Jika kahak memberi kesan buruk pada masalah pernafasan anak-anak, ibu bapa perlu bawa anak-anak ke klinik dengan kadar segera.

Mukus mempunyai fungsi spesifik untuk melindungi anak kecil dari jangkitan dengan mengekalkan saluran udara sentiasa lembab dan segar. Kuman yang cuba memasuki laluan hidung akan terperangkap dalam sel-sel kecil yang terdapat dalam laluan sinus. Sebenarnya, kita menelan mukus setiap masa!

APA YANG MENYEBABKAN KAHAK TERSEKAT DI TEKAK ANAK ANDA?

Beberapa bulan selepas kelahiran, bayi akan mula bernafas melalui hidung dan kadang-kadang mengalami pernafasan yang kurang lancar. Fasa ini tidak merbahaya kecuali bayi menunjukkan simptom-simptom kesukaran bernafas. Walau bagaimanapun, pernafasan yang kurang lancar akan mengganggu corak tidur bayi dan menyebabkan bayi mengalami kesukaran bernafas pada waktu malam.

Tidak seperti orang dewasa, bayi mempunyai banyak sel-sel dalam laluan hidung, Walaupun begitu, bayi mempunyai saluran udara yang sempit dalam rongga hidung menyebabkan bayi tidak boleh mengawal jumlah mukus yang banyak. Mukus boleh di keluarkan melalui bersin, tetapi ibu bapa perlu membantu si manja bernafas dengan betul dengan mengeluarkan mukus yang tersekat di kawasan tekak.

Jangkitan tekak dan influenza biasa terjadi pada bayi. Apabila jangkitan dibersihkan, ada lebihan mukus yang akan tertinggal di tekak dalam masa beberapa minggu menyebabkan bunyi ketika bayi batuk. Kebiasaannya, anak kecil terdedah kepada selsema dan jangkitan tekak menyebabkan pembentukan kahak dan batuk. Reaksi terhadap alahan juga boleh menyebabkan mukus terbentuk di kawasan faring (pharynx).

5 CARA KELUARKAN KAHAK ANAK KECIL

1) BANTU ANAK KECIL BERNAFAS DALAM PERSEKITARAN UDARA LEMBAB

Stimkan ruang mandi tertutup dengan membiarkan pancuran air panas mengalir. Anda dan bayi digalakkan berada dalam ruang mandi stim sekitar 10 minit, ini dapat membantu bayi menarik nafas dengan udara yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Selain itu, anda juga boleh memasang ‘humidifier’ ketika bayi tidur malam.

2) PASTIKAN ANAK KECIL SENTIASA TERHIDRASI

Anda boleh memastikan bayi dan anak kecil sentiasa terhidrasi untuk menipiskan rembesan mukus supaya kahak boleh dikeluarkan dengan lebih mudah. Jika bayi anda masih menyusu badan, anda boleh beri bayi minum susu dengan lebih kerap dari kebiasaan. Untuk anak kecil berumur 6 bulan ke atas, anda boleh beri lebih banyak air putih atau minuman bereletrolit. Air dan sup suam juga membantu anak berumur 6 bulan ke atas untuk membersihkan mukus di bahagian dada dan hidung serta mengelak anak kecil mengalami sesak nafas.

3) ‘NASAL ASPIRATOR’

Anda boleh membantu mengeluarkan mukus pada anak kecil dengan menggunkan ‘nasal aspirator’. Anak-anak selalunya akan rasa tidak selesa ketika anda sedang menggunakan ‘nasal aspirator’ tetapi mereka akan rasa lega dan gembira selepas mukus dapat dikeluarkan. Mereka dapat bernafas dengan lebih mudah! Kaedah ini lebih mudah dilakukan, dapat membantu anak kecik menghilangkan mukus di saluran hidung yang tersembut dan dapat melegakan batuk juga.

4) URUT BAYI ANDA DENGAN BAHAN SEMULAJADI

Bahan semulajadi sangat penting dan membantu anak-anak yang mengalami simptom batuk berkahak yang ringan. Anda boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi yang bersifat antibakteria, antivirus dan antiradang. Anda juga boleh urut bayi anda dengan minyak bawang putih, minyak habbatussauda, minyak kelapa dara dan minyak pati (essential oil) Geranium. Bahan-bahan ini terbukti dapat membantu menyeimbangkan hormon, merawat masalah batuk dan selsema, melegakan kahak serta mengurangkan masalah pernafasan seperti asma. Bahan-bahan semulajadi ini boleh didapati dalam krim youbaby kami, 100% semulajadi tanpa paraben dan SLS yang boleh mengeringkan permukaan kulit bayi dan memberi kesan sampingan seperti loya dan cirit birit. Amat penting untuk anda pastikan bayi tidak terdedah kepada bahan-bahan kimia yang merbahaya tau!

5) DAPATKAN KHIDMAT DOKTOR

Kebiasaanya, anak kecil akan beransur sihat selepas beberapa hari dijaga rapi dan berehat. Jika anak anda mengalami simptom-simptom seperti berikut, anda perlu membawa anak anda berjumpa Dr:
* Anak batuk kering lebih dari 4 hari
* Batuk teruk yang teruk diiringi demam dan bunyi mendesah
* Anak merintih, bertukar biru atau perut kembang dan kempis dengan kadar yang laju
* Anak anda tidak berselera untuk makan dan kehilangan berat badan
Source : Dr Sameer Awadhiya (paediatrician)

kahak
krim youbaby, krim anti kahak. http://parentingfirstcry.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram