Demam selsema pada bayi, 7 symptoms dan apa yang anda perlu tahu? Tak perlu expert pun

Demam selsema pada bayi? Di sini kami kongsikan info dan fakta penting berkaitan kesihatan bayi. Bayi yang baru lahir telah membina sistem imunisasi tersendiri. Sebelum sistem imunisasi bayi terbentuk sepenuhnya, bayi sangat mudah terdedah kepada virus yang boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti demam biasa, batuk berkahak atau selsema pada bayi.

Demam selsema pada bayi kurang terjadi pada bayi baru lahir kerana mereka mendapat imuniti secara tidak langsung dari ibu ketika dalam kandungan. Selepas enam bulan, imuniti akan berkurangan dan menyebabkan ianya pada bayi lebih mudah terjadi.

Demam dan selsema pada bayi baru lahir sering merisaukan ibu bapa, tetapi ia sebenarnya membantu tubuh bayi belajar untuk melawan virus. Kanak-kanak selalunya sering demam sebelum mececah umur 1 tahun. Ibu bapa perlu memantau simptom-simptom demam dan selsema biasa atau demam yang perlu dirujuk kepada Doktor.

Rawatan pada bayi memerlukan penjagaan rapi tapi selalunya ia tidaklah melibatkan isu yang serius.

FAKTA RINGKAS DEMAM SELSEMA BAYI :
1. Demam selsema pada bayi boleh menyerang pada bila-bila masa dan umur bayi
2. Simptom pada hidung seperti lediran atau selsema merupakan tanda awal demam
3. Jika demam, bayi kurang dari 3 bulan perlu dirujuk kepada Doktor

SIMPTOM DEMAM SELSEMA PADA BAYI BARU LAHIR

Bayi baru lahir akan mempunyai lebihan cecair hidung. Cecair ini boleh menyebabkan hidung berair dan menjadi lendir berwarna kuning atau hijau selama beberapa hari.

Lendiran hidung adalah penunjuk semulajadi terhadap jangkitan tetapi bukan bermakna simptom menjadi semakin teruk. Demam ringan juga mungkin akan menyusul, memberi isyarat tubuh bayi sedang melawan jangkitan yang berlaku.

Tanda-tanda demam selsema pada bayi termasuk :
1. Bersin
2. Batuk
3. Kerap menangis
4. Mata merah
5. Kurang berselera
6. Susah tidur
7. Susah menyusu kerana hidung tersumbat

Tanda-tanda demam selsema pada bayi baru lahir adalah sama denga simptom penyakit-penyakit lain seperti croup (jangkitan salur pernafasan) atau pneumonia (jangkitan paru-paru) yang lebih serius. Walaubagaimanapun, ibu bapa perlu berjumpa Doktor atau Pakar kanak-kanak (pediatrician) jika bayi baru lahir menunjukkan tanda-tanda demam selsema.

ADAKAH DEMAM SELSEMA PADA BAYI BOLEH JADI SESUATU YANG LEBIH SERIUS?

Simptom-simptom yang disenaraikan di atas biasa juga terjadi pada pelbagai gangguan kesihatan lain seperti croup dan pneumonia dan diikuti simptom-simptom lain yang lebih serius.

BATUK KOKOL

Pertussis atau batuk kokol (whooping cough) adalah jangkitan bakteria akut melibatkan saluran pernafasan. Jangkitan Pertussis melibatkan sekurang-kurangnya 20 juta kes di seluruh dunia. Anggaran 90% daripada kes tersebut berlaku di negara membangun dengan 200,000 hingga 300,000 kematian setiap tahun. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Batuk Kokol bermula dengan demam biasa, tetapi simptom akan berubah selepas 1 minggu ke atas. Bayi akan mula batuk kuat dan menyebabkan bayi sukar untuk bernafas. Bayi juga akan mengambil nafas yang dalam selepas batuk dengan bunyi yang kuat. Bayi dengan batuk kokol juga akan muntah selepas batuk, atau dalam keadaan yang serius boleh menyebabkan bayi kebiruan atau berhenti bernafas.

Batuk kokol sangat serius dan memerlukan rawatan segera.

PNEUMONIA ATAU JANGKITAN PARU-PARU

Bayi lebih berisiko tinggi mendapat jangkitan paru-paru berbanding orang dewasa. Pneumonia boleh berlaku dengan sangat cepat dan sangat penting untuk ibu bapa mengenalpasti dan mendapatkan rawatan segera.

Simptom pneumonia termasuk:
1. Muntah
2. Berpeluh
3. Demam dengan suhu yang tinggi
4. Kulit kemerah-merahan
5. Batuk yang kuat, dan semakin memburuk
6. Kembung perut

Bayi yang mengalami masalah pneumonia akan bernafas lebih kerap dan susah dari kebiasaan. Dalam sesetengah kes, bibir atau jari bayi menjadi biru, tanda bayi tidak dapat oksigen yang mencukup dan perlukan rawatan kecemasan.

CROUP ATAU JANGKITAN SALURAN PERNAFASAN

Bayi yang mengalami maslaah jangkitan pernafasan mempunyai simptom-simptom demam biasa tetapi menjadi teruk dalam masa yang cepat. Bayi akan batuk dengan kerap, mengalami masalah pernafasan atau batuk dengan bunyi yang kuat.

RAWATAN DEMAM SELSEMA

Demam selsema pada bayi perlu dirawat dengan rawatan rapi. Bantuan dari ibu bapa sangat perlu untuk memastikan bayi sentiasa selesa dalam proses melawan patogen dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Doktor tidak mengesyorkan ubat-ubatan dalam proses bayi melawan demam selsema kerana kesan sampingan yang merbahaya. Jika demam menyerang, bayi memerlukan hingga 2 minggu untuk sembuh sepenuhnya.

Ibu bapa digalakkan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti minyak bawang putih, minyak habbatussauda atau minyak kelapa dara untuk merawat masalah demam selsema pada bayi.

Bayi demam selsema
combo set gift box dari http://youbaby.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram