6 Tips untuk mencegah ASMA pada bayi

6 tips untuk mencegah ASMA pada bayi. Penyakit ASMA atau LELAH merupakan penyakit IMMUNOLOGI yang menyebabkan kesukaran bernafas. Antara tanda – tanda yang boleh dikesan ialah pernafasan seakan siulan ( Wheezing ) , tidak dapat melakukan pergerakan aktif dan lasak & sukar bernafas dengan betul

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati, tetapi kebiasaanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh

Kami kongsikan 6 tips untuk mencegah ASMA pada bayi supaya penyakit ini dapat dikurangkan seawal peringkat bayi lagi

1. SUHU PERSEKITARAN BAYI

1 daripada 6 tips untuk mecegah ASMA pada bayi adalah suhu persekitaran bayi itu sendiri. Keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu menyebabkan kebanyakan ibu bapa mengambil mudah tentang suhu persekitaran bayi dengan memasang penghawa dingin atau kipas secara terus kepada bayi.

Suhu yang sejuk atau berangin menyukarkan bayi bernafas dengan betul, dan sekiranya berterusan boleh mendatangkan penyakit seperti ASMA , DEMAM , BATUK BERKAHAK & SELSEMA

Anda juga perlu pastikan bayi dalam keadaan kering dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dan elakkan penghawa dingin atau kipas secara terus selepas mandi.

2. PEMAKANAN YANG BERKHASIAT

Pemakanan yang berkhasiat juga dapat membantu bayi menghindari penyakit merbahaya seperti ASMA. SUSU IBU adalah gizi seimbang yang paling baik untuk kanak-kanak berusia bawah 2 tahun. Jika anak-anak anda mula memasuki usia 6 bulan, anda boleh mula beri si manja makanan tambahan yang sihat dan seimbang.

Antara makanan yang berkhasiat adalah BUBUR NASI kosong yang mendorong deria rasa dan imunisasi bayi. Makanan yang perlu di elakan adalah makanan yang mengandungi garam , bahan perasa seperti MSG , dan GLUKOSA tambahan.

credit : Positive Parenting Malaysia

3. HAIWAN PERLIHARAAN

Ibu bapa yang gemar dan cinta pada haiwan peliharaan terutamanya yang mempunyai bulu seperti kucing perlu lebih berhati-hati. Bulu haiwan perliharaan sangat halus dan sukar dikesan pada mata kasar juga salah satu penyebab masalah pernafasan pada bayi. Tidak seperti orang dewasa yang mempunyai saiz paru-paru yang lebih besar dan sistem saluran pernafasan yang lebih baik, sistem pernafasan bayi masih ampuh.

Menghindari bayi dari haiwan perliharaan yang berbulu adalah lebih baik. Anda juga boleh memasang mesin penapis udara yang dapat memerangkap bulu-bulu halus haiwan perliharaan dan dapat menapis serta membekalkan udara bersih kepada si manja. Menghindari lebih baik dari mengubati 🙂

4. PERSEKITARAN YANG BERHABUK

Persekitaran yang berhabuk dan kotor mengandungi hama atau habuk halus yang sangat sukar dikesan. Perkara ini boleh mendedahkan bayi kepada penyakit seperti ASMA , BATUK BERKAHAK dan juga SELSEMA.

Mesin Penapis mampu mengurangkan habuk di dalam rumah. Penghawa dingin yang dilengkapi ION filter juga membantu menghapuskan habuk-habuk halus dan dapat mengekalkan suhu yang terbaik untuk bayi anda.

5. SAPUKAN MINYAK BAWANG PUTIH DAN HABATUSSAUDA

Minyak bawang putih telah terbukti secara saintifik dapat membantu merawat dan melegakan selsema, membantu mengurangkan batuk dan kahak bayi serta mengatasi masalah asma dan jangkitan paru-paru. Selain itu, minyak bawang putih juga membantu bayi melawan parasit, bakteria dan virus kerana bersifat antioksida dan antiradang.

Minyak habbatussauda dapat merawat dan melegakan masalah bayi kerana sifatnya yang antioksida dan anti radang. Minyak habatussauda juga dapat melawan parasit, bateria dan virus serta membantu mengurangkan batuk dan kahak pada bayi.

Minyak bawang putih dan habatussauda dapat membantu melegakan tantrum dan masalah ketidakselesaan pada bayi.

6. DAPATKAN RAWATAN SEGERA

Monitor tahap kesihatan bayi anda dan segera rujuk doktor sekiranya bayi anda terdapat gejala ASMA seperti kesukaran bernafas dan mempunyai pernafasan seakan siulan yang teruk. Berjumpa doktor adalah antara jalan terbaik untuk mengetahui tahap kesihatan bayi anda

YOUBABY CREAM adalah produk mesra bayi yang mengandungi 100% BAHAN SEMULAJADI terbaik seperti MINYAK BAWANG PUTIH, MINYAK HABBATUSSAUDA, EO GERANIUM, MINYAK KELAPA DARA, MINYAK JOJOBA DAN ALOEVERA.

Produk Pilihan Majalah Pa&Ma dan TV1 ini dapat membantu mengurangkan masalah asma, mengeluarkan kahak serta membantu melegakan masalah selsema bayi. Terdapat testimoni kahak bayi menglir keluar seawal 3 x sapuan cream youbaby dan tidak perlu dapatkan rawatan nebulizer seperti sebelumnya.

Anda boleh dapatkan info dan video lebih lanjut di http://tipsbayisihat.com
Semoga bermanfaat 🙂








Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram