5 masalah yang kerap berlaku pada bayi. Atasinya untuk baby kekal happy

baby in white onesie

5 Masalah yang kerap berlaku pada bayi

Serangan penyakit pada bayi baru lahir selalu dianggap perkara yang normal. Bagaimanapun, perkara ini boleh di elakkan sekiranya ibubapa mengamalkan cara hidup yang sihat dari segi pemakanan dan juga persekitaran. Menurut Pengarah Perubatan Klinik Famili Gravidities, Dr Nurzarina Abdul Rahman, terdapat pelbagai penyakit lazim yang kerap berlaku kepada kanak-kanak, terutama dari usia bayi hingga tujuh tahun.

Setiap penyakit, katanya, mempunyai tahap umur tersendiri dan boleh menyerang lebih kerap sama ada ketika usia si kecil masih bayi atau selepas mereka mencapai umur lebih setahun. Jelas Dr Nurzarina, dalam kebanyakan kes, bayi yang baru lahir lebih mudah mendapat penyakit kerana sistem imunnya belum matang

Di bawah ini ada terdapat 5 penyakit yang kerap berlaku pada bayi bagi rujukan ibubapa 

1. JANGKITAN TALI PUSAT

Antara 5 masalah yang kerap berlaku pada bayi di Malaysia adalah jangkitan pada tali pusat bayi. Ibubapa perlu peka bahawa selepas tali pusat bayi dipotong, akan terdapat kesan luka yang perlu dijaga rapi. Sapuan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital sehingga lebihan tali pusat menjadi kering dan tertanggal sendiri sangat penting bagi mengelakkan tali pusat terkena jangkitan dan mengganggu kesihatan bayi anda.

Jangkitan serius boleh mengakibatkan tali pusat menjadi bengkak, ruam, bernanah atau basah dan mengeluarkan cecair jernih.

masalah yang kerap berlaku pada bayi

2. KEMBUNG PERUT

Kembung perut juga merupakan  antara 5 masalah yang kerap berlaku pada bayi. Kembung perut pada si manja sering berlaku pada waktu malam, disebabkan oleh banyak faktor seperti pemakanan ibu yang tidak betul , cuaca dan suhu dan susu formula yang tidak sesuai.

Ibubapa boleh menggunkana minyak angin pada bayi utuk mengelakkan masalah kembung perut. Tetapi harus diingat, pastikan minyak angin tidak terlalu panas bagi mengelakkan bayi berasa kurang selesa. Sapuan cream youbaby yang lembut dan tidak panas  di ubun-ubun, perut (guna teknik urutan I LOVE U), tapak kaki dan belakang betis bayi boleh membantu menyelesaikan masalah perut kembung serta membantu bayi tidur lena. Kandungan bahan semulajadi di dalam cream youbaby seperti minyak kelapa dara, minyak bawang putih dan minyak habbatussauda TERBUKTI dapat membantu menyelesaikan masalah kembung perut dan pencernaan bayi. 

3. Sedu ( Hiccup )

Menurut kajian, sedu sering terjadi kepada bayi kerana bayi terlalu kenyang. Anda boleh sendawakan si manja dengan menegakkan sedikit badan si manja dan menepuk belakang si manja dengan kadar perlahan. Anda juga boleh sapu nipis creamyoubaby di dada dan perut si manja supaya bayi lebih selesa. Puting ( pacifier ) juga dapat membantu menghilangkan sedu kerana hisapan puting dapat merangsangkan pergerakan perut dan usus bayi. Terdapat banyak petua tradisional yang popular termasuk meletakkan tisu basah di dahi bayi.

4. RUAM

Salah satu dari 5 masalah yang kerap berlaku pada bayi adalah ruam. Ruam pada bayi berlaku akibat kulit bayi yang sensitif. Kulit bayi yang lembut dan sensitif memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Simptom atau tanda – tanda ruam senang dilihat iaitu bintik – bintik kemerahan pada kulit bayi terutamanya di bahagian punggung bayi yang dikenali sebagai ruam lampin. Anda boleh gunakan lampin bayi yang bersesuaian dengan kulit bayi dan mempunyai ruang udara yang baik bagi mengelakkan udara panas terperangkap dan tukar segera lampin bayi sekiranya bayi pee atau poo. Cream yang mengandungi 100% bahan natural yang bersifat antibakteria dan antiradang sangat membantu bayi yang mempunyai masalah ruam atau kulit sensitif seperti ekzema. 

5. DEMAM DAN SELSEMA

Demam dan selsema sering menimbulkan kerisauan pada ibubapa kerana imunisasi bayi yang masih lemah memudahkan bayi terdedah kepada bakteria dan virus. Suhu bayi yang normal adalah 37oC,  jika suhu bayi meningkat melebihi 38oC ibu bapa perlu membawa si manja ke klinik dengan kadar segera. Selsema dan batuk berkahak yang teruk boleh mengakibatkan bayi anda terkena jangkitan saluran pernafasan dan ditahan wad. Risau? Anda boleh klik langkah-langkah awal bagi mengurangkan batuk berkahak dan selsema pada bayi. 

5 masalah yang kerap berlaku pada bayi pasti merisaukan ibu bapa.  Anda pasti tidak ingin si manja tidur di hospital, pasti bayi anda tidak selesa, aktiviti harian anda juga akan terganggu. Jangan risau, penggunaan cream youbaby sebagai langkah awal membantu bayi anda tampil lebih selesa. Terdapat beratus testimoni pengguna gembira menjadikan cream youbaby sebagai rakan baik bayi mereka 🙂

http://youbaby.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram